Sunday 30 September 2012

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

                              
DEMONSTRASI PEMASANGAN MODEL KIT KERETA







(i)  RANCANGAN PENGAJARAN HARI (RPH)     BERDASARKAN MODEL ASSURE




A - Analisis Pelajar

  i.  Ciri-ciri umum pelajar

Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini, murid yang akan diajarkan adalah murid tahap 2 iaitu tahun 5 dari kelas kedua daripada 3 kelas. Murid kelas ini terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan. Kebanyakkan murid kelas ini daripada keluarga ekonomi taraf sederhana dan tinggal di kawasan pekan kecil. Untuk tajuk yang akan diajarkan, kami telah memlih untuk menggunakan bahan realia sebenar bagi memudahkan murid untuk memahami pengajaran.

ii.  Pengetahuan / pengalaman sedia ada

Berdasarkan situasi masyarakat pada masa kini, kami telah mengenalpasti bahawa murid sudah memiliki pengalaman dan pengetahuan berkenaan model kit kerana terdapat pelbagai jenis model kit di pasaran dan terdapat juga murid yang sudah biasa bermain dengan model kit kereta. Dengan maklumat tersebut kami berpendapat bahawa dengan menggunakan bahan realia sebenar ini secara tidak langsung akan dapat memudahkan sesi pengajaran kami.

iii.  Gaya pembelajaran pelajar

Berdasarkan ciri-ciri umum pelajar yang telah dianalisis, kami telah bersetuju untuk  menggunakan pendekatan masteri dalam pengajaran kami kerana pendekatan ini memberi penekanan dalam kerja-kerja amali dimana jika terdapat murid yang tidak faham tentang pengajaran tersebut, guru akan mengulang kembali untuk memastikan murid tersebut faham sebelum guru meneruskan pengajaran untuk topik seterusnya.
S - Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
 i.  menyenaraikan tiga jenis alatan tangan dan tiga jenis komponen kit model kereta yang digunakan semasa pemasangan kit model kereta secara lisan.
ii.  menyatakan fungsi tiga komponen kit model kereta secara bertulis.
iii.  menyenaraikan turutan pemasangan kit model kereta yang lengkap dengan betul secara bertulis.
S - Pemilihan Kaedah Media dan Bahan Sumber

  i.  Penentuan kaedah

Untuk RPH kali ini, kami telah memilih untuk menggunakan kaedah tunjuk cara untuk menyampaikan maklumat. Dimana guru akan bertindak sebagai fasilitator iaitu guru akan menerangkan fungsi komponen dan urutan pemasangan yang betul. Seterusnya murid akan melakukan sendiri kerja-kerja pemasangan kit model kereta dan selepas itu mereka akan menjawab soaaln pengukuhan yang akan diberikan secara berkumpulan.

ii.  Pemilihan format media

Bagi media yang akan digunakan pula, kami telah memilih untuk menggunakan media persembahan elektronik. Kami akan menayangkan fungsi-fungsi bahagian kit model dengan persembahan elektronik ini semasa kami membuat penerangan. Dengan cara ini guru tidak perlu menyediakan bahan bercetak untuk diedarkan kepada semua murid kerana kos untuk mencetak bahan tersebut adalah tinggi disebabkan bilangan murid yang ramai. Selain itu, kami juga boleh memasukkan gambar sebenar bahagian kit model yang akan diterangkan dalam persembahan elektronik.

iii.  Pemilihan bahan sumber

Dalam pengajaran tajuk ini, kami telah memilih untuk menggunakan bahan sumber daripada buku teks tahun 5 kerana bahan sumber daripada buku teks ini sudah lengkap dan sememangnya menepati kurikulum dan selain itu murid juga boleh membuat rujukan terus menggunakan buku teks mereka. Untuk aktiviti pemasangan kit model pula, kami telah memilih untuk menggunakan bahan realia sebenar yang sedia ada, dimana, kit model kereta ini akan diberikan kepada murid untuk di pasangkan secara berkumpulan. Penggunaan bahan realia sebenar ini secara tidak langsung akan menarik minat dan tumpuan murid untuk memastikan mereka terus melibatkan diri dalam aktiviti. Penggunaan kit model kereta ini juga amat sesuai kerana ianya memang terdapat dalam sukatan kurikulum dan juga buku teks murid.
U - Gunakan Media dan Bahan Sumber

  i.  Semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum digunakan

Setelah siap menyediakan bahan sumber yang akan digunakan, kami telah meyemak dan menilai semula bahan-bahan tersebut bagi memastikan penggunaan bahan sumber tersebut sesuai dengan tahap murid dan juga dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.

ii.  Sediakan bahan untuk penggunaan dalan kelas

Setelah siap menyemak semula bahan sumber yang akan digunakan tersebut, kami telah menyusun penggunaan kesemua bahan tersebut seperti yang terdapat dalam RPH. Selain itu kami juga telah menyediakan segala bahan dan kelengkapan yang akan digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

iii.  Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan

Selepas menyediakan kelengkapan yang diperlukan, kami merancang pula kedudukan bahan yang akan digunakan agar mudah digunakan dan seterusnya merancangan pembahagian kumpulan murid seperti barangan yang akan mereka gunakan dan juga kedudukan kumpulan mereka semasa berada di dalam kelas.

iv.  Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber

Kami juga merancangan bagaimana untuk memastikan murid dapat menimba pengetahuan daripada pengajaran kami dengan baik. Kami telah memilih untuk melaksanakan teknik-teknik yang diyakini berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti semasa proses induksi, kami akan menunjukkan contoh kit model kereta kepada murid untuk menarik minat mereka.

v.  Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar

Begitu juga dengan langkah-langkah semasa aktiviti-aktiviti lain, kami telah memilih teknik dan kaedah yang sesuai untuk digunakan bagi memastikan murid mendapat manfaat daripada bahan sumber yang kami gunakan dalam pengajaran ini. Dalam pengajaran ini kami telah memilih kaedah penerangan / kuliah dan juga kaedah tunjuk cara untuk menyampaikan isi pengajaran dan semasa kami menerangkan isi pengajaran kepada murid, kami akan menayangkan slaid persembahan elektronik yang telah disediakan bagi memastikan tumpuan murid tidak kearah lain.
R - Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran

  i.  Penglibatkan pelajar

Untuk memastikan murid melibatkan diri sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, kami telah memilih untuk menayangkan persembahan elektronik. Selepas itu kami akan membahagikan murid kepada kumpulan kecil untuk melaksanakan pemasangan kit model kereta. Dengan cara ini murid akan sentiasa melibatkan diri kerana mereka tidak hanya melihat slaid persembahan elektronik sahaja dan dengan pembahagian kumpulan ini juga merekan akan melakukan perbincangan untuk menjana idea dan menyelesaikan soalan pengukuhan yang akan diberikan.
E - Nilai dan Semak Semula

  i.  Menyemak semula perancangan dan penilaian

Kami sekumpulan telah menetapkan kriteria-kriteria rujukan untuk semakan dan penilaian ini, dimana kami akan melihat tindak balas semula daripada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi memastikan bahan yang disediakan adalah sesuai dengan tahap murid yang akan diajar dan selain itu, kami juga telah menetapkan kriteria untuk menilai murid berdasarkan pemerhatian semasa aktiviti, hasil kerja mereka dan juga daripada maklum balas mereka untuk memastikan murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.







  

Mata Pelajaran                     :           Kemahiran Hidup
Tahun                                                :           5
Tarikh                                     :           9 April 2012
Masa                                      :           9.00 pagi - 10.00 pagi
Bilangan Murid                    :           30 orang
Bidang                                   :           Reka Bentuk dan Teknologi
Unit Pembelajaran               :           1.2 - Kreativiti dan Rekacipta
Tajuk Pembelajaran                        :           b) Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian Produk
Hasil Pembelajaran             :          
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
i)          menyenaraikan tiga alatan tangan dan tiga komponen kit model yang digunakan dalam projek pemasangan kit model kereta.
ii)         menyatakan tiga fungsi komponen kit model kereta secara bertulis.
iii)        menyenaraikan turutan pemasangan kit model kereta dengan betul.
KBKK                                     :           Membuat urutan
Alat Bantu Mengajar           :           Bahan sebenar dan demonstrasi / slaid penerangan.
Pengetahuan Sedia Ada   :           Murid pernah melihat kit model kereta di pasaran.
Pendekatan Pembelajaran            :           Pembelajaran secara kontekstual (REACT)



Langkah
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
Pengenalan kepada kit model.
   i.  Kereta
  ii.  Robot
 iii.  Kapal Terbang
 iv.  Rumah
   i.   Guru bersoal jawab bersama murid berkenaan pengalaman sedia ada murid mengenai kit model.
·   Apa jenis kit model yang pernah dilihat ?
  ii.   Guru menerangkan jenis-jenis kit model yang terdapat di pasaran dan yang akan dipelajari.
Kaedah/Teknik
Penerangan/Soal jawab
BBM
Nilai
Rasional
Kontekstual

Langkah 1
Jenis alatan tangan dan komponen kit model :
Menyenaraikan jenis alatan tangan yang diperlukan.
   i.   Gandin plastik
  ii.   Pemutar skru philips
iii.   Kunci allen
iv.   Sepana hujung terbuka
Menyenaraikan komponen yang terdapat pada kit model kereta.
   i.   Gear
  ii.   Roda
iii.   Kerangka
iv.   Gandar
  v.   Motor
vi.   Pemegang bateri
vii.   Suis
   i.   Guru menyenaraikan alatan tangan yang diperlukan dan komponen kit model yang hendak digunakan.
  ii.   Guru menghubungkaitkan pembelajaran dengan contoh peluang pekerjaan untuk menarik minat murid untuk menyimpan cita-cita dalam diri.
iii.   Memberi masa untuk murid membiasakan diri dengan peralatan dan komponen kit yang ada.
iv.   Guru membuat aktiviti mengisi jawapan pada ruangan kosong kepada murid tentang nama alat dan komponen yang disediakan. 





Kaedah/Teknik
Penerangan
BBM
Model sebenar
Nilai
Rasional
Kontekstual
Experiencing, Responding
Langkah 2
Fungsi komponen kit model :
Menyatakan fungsi komponen kit model kereta.
   i.   Gear - menukar kelajuan atau arah pergerakan.
  ii.   Kerangka - tapak pemasangan motor, gear, pemegang bateri, dan komponen lain.
iii.   Roda - memudahkan pergerakan kit model.
iv.   Suis - menyambung atau memutuskan arus elektrik.
  v.   Pemegang bateri - tempat untuk meletakkan bateri.
vi.   Gandar - menyambung dan menggerakkan roda.
vii.   Motor - menggerakkan gear pada kit model.
   i.   Guru memberi penerangan tentang fungsi setiap komponen kit model kepada murid.
  ii.   Guru memberi peluang kepada murid memegang alat dan komponen agar mudah mengingat nama dan fungsi alat-alat tersebut.
iii.   Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil. (2 murid dalam 1 kumpulan)
iv.   Murid membuat aktiviti memadan komponen dan fungsinya secara berkumpulan.

Kaedah/Teknik
Penerangan
BBM
Model sebenar
Nilai
Bekerjasama
Kontekstual
Experiencing, Applying

Langkah 3
Pemasangan komponen kit model :
Menyenaraikan turutan pemasangan kit model kereta dengan betul.
   i.   Pasangkan pelekat pada badan kit.
  ii.   Masukkan gear pada syaf motor.
iii.   Pasangkan roda pada gandar dan pasangkan pada kerangka kit model.
iv.   Pasangkan motor dan plat besi pada tempat yang betul.
  v.   Pasangkan bateri pada pemegang bateri.

vi.   Pasangkan kerangka yang telah siap dipasang dan buat pengujian.

   i.   Guru membuat demonstrasi memasang komponen kit model kereta secara sistematik kepada murid.
  ii.   Guru memberitahu langkah demi langkah berdasarkan video panduan pemasangan kit model kereta agar murid dapat membuat pemasangan dengan betul dan senang difahami.
iii.   Setelah selesai demonstrasi, guru menyuruh murid berada dalam kumpulan masing-masing untuk melakukan kerja yang akan diberikan.
iv.   Murid diberikan helaian kerja dimana murid dikehendaki menulis nombor mengikut urutan pada kotak penerangan berkenaan pemasangan kit model kereta.
Kaedah/Teknik
Tunjuk cara/Demonstrasi.
Amali pemasangan model kit kereta.
BBM
Model kit kereta
Nilai
Kerjasama

Penutup
Menguji hasil pembelajaran.
   i.   Guru membuat soal jawab/ ujian formatif untuk mengenal pasti tahap penerimaan murid terhadap pembelajaran.
  ii.   Murid bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan soalan yang diberikan.
Kaedah/Teknik
Ujian
BBM
Nilai
Kerjasama
Kontekstual
Transfering dan Cooperating










 






(ii)  REFLEKSI

RAFI’UDDIN BIN ROSLY

            Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinannya saya dapat juga menyiapkan tugasan EDU 3105 dengan jayanya walaupun pada permulaan terdapa 1001 masalah yang saya hadapi. Namun, dari kerjasama dari rakan – rakan dan pensyarah pebimbing iaitu Pn. Zainab Bt. Ahmad yang tidak pernah mengenal erti jemu dan letih untuk melayan kerenah dan soalan yang sama dari kalangan pelajar ini telah membantu saya dan rakan – rakan menghasilkan tugasan ini tepat pada masanya dan mengikut kehendak soalan.

            Sebenarnya ini adalah kali pertama saya membuat blog di laman web, jika tugasan ini tidak meminta menggunakan blog sebagai medium membuat tugasan mungkin saya tidak mengetahui cara – cara untuk membuat blog dan mungkin murid – murid akan menganggap saya sebagai guru yang kolot kerana di zaman  sekarang kehidupan seharian kita lebih berteraskan internet. Mungkin pada akan datang murid – murid tidak perlu membawa beg yang berisi buku teks dan buku latihan tapi sebaliknya mereka hanya perlu membawa alat elektronik untuk mengakses nota – nota dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Jadi sebagai bakal guru yang mungkin berhadapan dengan murid – murid serba tahu tentang teknologi – teknologi terbaru, saya perlu bersedia dengan menggunakan internet untuk dijadikan medium pengajaran.

            Secara keseluruhannya dapat saya rungkaikan bahawa tugasan ini amat bermakna dan membina karakter saya sebagai guru di zaman serba canggih. Namun, di sebalik hasil kerja ini terdapat beberapa masalah atau kelemahan yang saya hadapi terutamanya adalah saya kurang memahami apa yang dimaksudkan dengan bahan 2D dan bahan 3D yang diminta dalam tugasan ini. Namun, sementelah saya berbincang dengan rakan – rakan da pensyarah pebimbing, saya kini memahami. Saya dan rakan – rakan juga diminta membuat rancangan pengajaran harian (RPH) berdasarkan model ASSURE seterusnya membuat video berdasarkan RPH yang telah dibuat.
            Saya sebenarnya kurang jelas berkenaan dengan RPH yang diminta kerana sepertimana yang kita semua sedia maklum, setiap RPH berbeza dari segi cara penghasilannya berdasarkan subjek yang diajar. Rekebentuk Teknologi dengan caranya, Bahasa Melayu dengan caranya, jadi saya dan rakan – rakan terpaksa adaptasi  apa yang terkandung dalam Model ASSURE dengan RPH Rekabentuk & Teknologi.

            Topik yang dipilih berdasarkan sukatan Tahun 4 iaitu Reka Cipta. Saya telah memilih untuk membuat RPH dan video berkaitan pemasangan model kit kereta. Tajuk ini amat bersesuaian dengan aras murid Tahun 4 kerana berdasarkan pengalaman saya semasa kanak – kanak dahulu, masih segar di ingatan ini ketika saya bersama rakan – rakan bermain kereta mainan ini. Mungkin ketika itu saya tidak dapat memasang alat ini dengan baik. Oleh itu, saya berharap dengan wujudnya topik ini di sekolah, guru – guru dapat mengajar mereka dengan cara yang betul kerana pada masa ini mereka aras kognitif mereka akan berkembang dengan baik. Ketika kanak – kanak jugalah merupakan zaman yang paling indah bagi setiap insan.
            Dari segi pencarian bahan – bahan untuk menghasilkan tugasan ini, perpustakaan adalah merupakan tempat pertama dan utama yang pergi kerana untuk menghasilkan tugasan ini perlu ada panduan dan sumber – sumber yang sahaih. Selain itu, maklumat daripada internet juga banyak membantu saya dan rakan – rakan mnyiapkan tugasan ini.

            Pada saya, dengan terciptanya video ini, murid dapat melihat sendiri dan berulang kali bagaimana demonstrasi pemasangan video kit kereta tersebut. Jika tidak, guru harus menunjukkan sendiri kepada murid dan ini akan mengganggu P&P yang dijalankan. Bagi saya juga subjek Kemahiran Hidup ini adalah satu mata pelajaran yang dapat murid aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya cara – cara menggergaji ataupun memaku dengan betul. Murid dapat membantu ibu bapa mereka di rumah jika terdapat perkara yang boleh dibantu mereka. Secara tidak langsung, mereka dapat mempraktikkan apa yang diajar di sekolah.

            Tugasan ini juga dapat mengajar saya bagaimana hendak membuat video, mengedit video dan juga untuk memuat naik video ke dalam blog. Namun, apa yang saya dapati, terdapat beberapa kelemahan iaitu apabila ketika hendak memuat naik video ini, ia memerlukan internet yang agak laju kerana seperti semua warga IPG sedia maklum tentang status keadaan internet di kawasan IPG terutamanya di kolej kediaman. Saya dan rakan kumpulan telah mencari inisiatif yang lain dengan pergi ke KFC di Kangar namun, di sana juga mempunyai masalah internet lalu saya dan rakan mengambil keputusan untuk ke rumah senior kerana memreka mempunyai kemudahan internet yang agak laju.

            Kesimpulan yang dapat saya buat di sini adalah, tugasan ini memberi keyakinan kepada saya untuk menempuh setiap cabaran dalam profesion perguruan terutama sekali apabila saya menjalankan praktikum pada semester akan datang. Saya berharap segala teknik – teknik yang diajar ini dapat saya praktikkan di sekolah nanti dan saya berharap murid – murid tersebut dapat berkembang dengan baik dar segi jasmani, emosi, rohani dan juga intelek sejajar dengan apa yang termaktub dalam visi dan misi falsafah pendidikan kebangsaan.



MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI

Kerja kursus pendek ini adalah berkaitan dengan subjek EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (TPP).  Untuk menyempurnakan kerja kursus ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan Model ASSURE, menghasilkan klip video P&P, membuat bahan 2D atau 3D, dan menghasilkan sebuah blog.

            Melalui tugasan ini, saya berpeluang mempelajari cara untuk menghasilkan bahan 2D. Sebelum menghasilkan bahan 2D, saya dan rakan saya menjadi kebingungan kerana tidak memahami apakah sebenarnya bahan 2D yang dimahukan berdasarkan tugasan. Justeru, sebagai langkah mengatasi masalah ini, kami merujuk kepada pensyarah bimbingan iaitu Puan Zainab apakah ciri-ciri yang perlu ada bahan 2D tersebut. Setelah mendapat penerangan, barulah kami memahami ciri-ciri pada bahan 2D tersebut.

     Saya juga mempelajari cara untuk merakam video dan cara untuk menghasilkan sesuatu video yang dapat menarik minat penonton. Untuk tugasan ini, ini adalah menjadi kekuatan kepada saya kerana saya telah biasa untuk merekod video. Saya amat berpuas hati dengan hasil video yang saya perolehi untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan untuk dimuatkan di dalam blog. Tambahan pula, saya juga dapat mengetahui bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran(P&P), penggunaan video memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan P&P yang berkesan. Hal ini berikutan kerana jika terdapat murid yang kurang memahami apabila melihat guru membuat sesuatu demonstrasi, maka guru boleh menggunakan kaedah tunjuk cara menggunakan video kerana video adalah lebih jelas, menjimatkan masa dan yang paling utama dapat diulang sebanyak mungkin untuk memudahkan murid memahami apa yang diceritakan oleh seseorang guru.


Seterusnya adalah pencarian maklumat di dalam internet dan perpustakaan. Alhamdulillah, pencarian maklumat di internet telah memberikan saya lebih banyak maklumat dan pendedahan. Namun, masalah yang paling utama yang dihadapi oleh saya dan rakan seperjuangan saya ialah  untuk memuatkan video pengajaran kami di dalam blog. Masalah ini adalah berikutan dari internet di maktab yang amat perlahan dan tidak mampu untuk memuatkan video kami di dalam blog. Justeru, saya dan rakan saya mengambil keputusan untuk mencari langkah inisiatif iaitu meminta tolong dari senior kami kerana mereka mempunyai kemudahan internet di rumah mereka. Alhamdulillah, masalah proses memuatkan video di blog berjaya diselesaikan.

Selain itu, kekuatan yang saya perolehi berdasarkan tugasan ini ialah ia telah membuka minda saya di mana dengan adanya penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, guru dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses P&P semata-mata. Contohnya, guru menghasilkan video yang berkaitan dengan pemasangan komponen elektrik dan elektronik pada sebuah komponen kereta yang menggunakan kuasa bateri bersaiz kecil. Justeru, tidak dinafikan ia adalah ilmu yang amat bermanfaat kepada murid khasnya kerana dapat mempelajari kaedah dan teknik yang betul untuk memasangkan komponen elektrik dan elektronik sehingga mampu berfungsi dengan cara yang betul dan amnya kepada sesiapa sahaja yang melihat video tersebut kerana akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang komponen elektrik dan elektronik.

Kesimpulan yang dapat saya rumuskan berdasarkan tugasan ini ialah tugasan ini banyak membantu kami untuk memikirkan sesuatu teknik dan cara pengajaran yang kreatif dan tidak membosankan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Akhirnya kata, saya berharap agar semua yang dipelajari melalui tugasan kerja kursus pendek ini dapat diaplikasi pada pengajaran saya semasa praktikum dan juga masa menjadi seorang guru nanti. 



MOHD MUBARRAK BIN BAHDON

            Alhamdulillah syukur, setelah sekian lama tertangguh akhirnya tugasan projek EDU 3105 - Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini dapat juga disiapkan sepenuhnya. Sepanjang melaksanakan tugasan ini pelbagai kelemahan dan kekurangan diri telah saya temui dan perkara tersebutlah yang sering membuatkan tugasan projek ini tertangguh sehingga kelemahan tersebut diperbaiki.

            Antara kelemahan yang dapat saya kongsikan adalah kurangnya ilmu pengetahuan saya dalam penghasilan video. Perkaran ini menyebabkan tugasan projek ini telah tertangguh dan saya perlu belajar dengan segera bagaimana hendak menghasilkan video yang terbaik. Bagi memastikan video yang diperlukan dapat disiapkan, saya telah pergi merujuk kepada pensyarah untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar selain daripada bantuan daripada rakan-rakan lain. Akhirnya setelah berusaha mendapatkan tunjuk ajar, dapat juga saya siapkan video tersebut dengan baik. Selepas ini saya akan terus berusaha untuk menimba ilmu berkenaan penghasilan video ini agar saya dapat menghasilkan video yang lebih baik pada masa akan datang jika saya diminta untuk menghasilkan video untuk tugasan seterusnya.
            Selain itu, kelemahan lain yang terdapat pada diri saya adalah berkenaan dengan model Assure. Saya amat keliru dalam menyiapkan jadual penerangan langkah penyediaan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan model tersebut. Namun setelah berbincang dengan pensyarah tentang cara yang betul dan sedikit rujukan daripada buku berkenaan model berkenaan dan cara membuatnya dapat juga saya siapkan penerangan tersebut walaupun tidak lagi mencapai tahap cemerlang pada pandangan saya. Mulai saat ini saya akan menumpukan sepenuh perhatian semasa pensyarah menerangkan isi pengajaran semasa didalam kelas agar perkara seperti ini tidak lagi berulang.

            Walaupun banyak kelemahan diri telah saya temui, namun saya tidak berputus asa untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut untuk menyiapkan tugasan projek ini dan saya berharap, saya akan terus berusaha untuk menumpukan perhatian semasa berada di dalam kelas dan terus membuat rujukan secara berteruskan bagi memastikan ilmu yang diperoleh akan berkekalan dan tidak hanya dapat difahami semasa berada di dalam kelas sahaja.