DEMONSTRASI PEMASANGAN MODEL KIT KERETA
(i) RANCANGAN PENGAJARAN HARI (RPH) BERDASARKAN MODEL ASSURE
A - Analisis Pelajar
|
|
i. Ciri-ciri umum pelajar
|
Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini, murid yang akan diajarkan adalah murid
tahap 2 iaitu tahun 5 dari kelas kedua daripada 3 kelas. Murid kelas ini
terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan.
Kebanyakkan murid kelas ini daripada keluarga ekonomi taraf sederhana dan
tinggal di kawasan pekan kecil. Untuk tajuk yang akan diajarkan, kami telah
memlih untuk menggunakan bahan realia sebenar bagi memudahkan murid untuk
memahami pengajaran.
|
ii.
Pengetahuan / pengalaman sedia ada
|
Berdasarkan situasi masyarakat pada masa kini, kami
telah mengenalpasti bahawa murid sudah memiliki pengalaman dan pengetahuan
berkenaan model kit kerana terdapat pelbagai jenis model kit di pasaran dan
terdapat juga murid yang sudah biasa bermain dengan model kit kereta. Dengan
maklumat tersebut kami berpendapat bahawa dengan menggunakan bahan realia
sebenar ini secara tidak langsung akan dapat memudahkan sesi pengajaran kami.
|
iii.
Gaya pembelajaran pelajar
|
Berdasarkan ciri-ciri umum pelajar yang telah
dianalisis, kami telah bersetuju untuk
menggunakan pendekatan masteri dalam pengajaran kami kerana pendekatan
ini memberi penekanan dalam kerja-kerja amali dimana jika terdapat murid yang
tidak faham tentang pengajaran tersebut, guru akan mengulang kembali untuk
memastikan murid tersebut faham sebelum guru meneruskan pengajaran untuk
topik seterusnya.
|
S - Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran
|
|
Hasil Pembelajaran
|
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
i.
menyenaraikan tiga jenis alatan tangan dan
tiga jenis komponen kit model kereta yang digunakan semasa pemasangan kit
model kereta secara lisan.
ii.
menyatakan fungsi tiga komponen kit model
kereta secara bertulis.
iii.
menyenaraikan turutan pemasangan kit model
kereta yang lengkap dengan betul secara bertulis.
|
S - Pemilihan Kaedah Media dan Bahan Sumber
|
|
i. Penentuan kaedah
|
Untuk RPH kali ini, kami telah memilih untuk
menggunakan kaedah tunjuk cara untuk menyampaikan maklumat. Dimana guru akan
bertindak sebagai fasilitator iaitu guru akan menerangkan fungsi komponen dan
urutan pemasangan yang betul. Seterusnya murid akan melakukan sendiri
kerja-kerja pemasangan kit model kereta dan selepas itu mereka akan menjawab
soaaln pengukuhan yang akan diberikan secara berkumpulan.
|
ii.
Pemilihan format media
|
Bagi media yang akan digunakan pula, kami telah
memilih untuk menggunakan media persembahan elektronik. Kami akan menayangkan
fungsi-fungsi bahagian kit model dengan persembahan elektronik ini semasa
kami membuat penerangan. Dengan cara ini guru tidak perlu menyediakan bahan
bercetak untuk diedarkan kepada semua murid kerana kos untuk mencetak bahan
tersebut adalah tinggi disebabkan bilangan murid yang ramai. Selain itu, kami
juga boleh memasukkan gambar sebenar bahagian kit model yang akan diterangkan
dalam persembahan elektronik.
|
iii.
Pemilihan bahan sumber
|
Dalam pengajaran tajuk ini, kami telah memilih untuk
menggunakan bahan sumber daripada buku teks tahun 5 kerana bahan sumber
daripada buku teks ini sudah lengkap dan sememangnya menepati kurikulum dan
selain itu murid juga boleh membuat rujukan terus menggunakan buku teks
mereka. Untuk aktiviti pemasangan kit model pula, kami telah memilih untuk
menggunakan bahan realia sebenar yang sedia ada, dimana, kit model kereta ini
akan diberikan kepada murid untuk di pasangkan secara berkumpulan. Penggunaan
bahan realia sebenar ini secara tidak langsung akan menarik minat dan tumpuan
murid untuk memastikan mereka terus melibatkan diri dalam aktiviti.
Penggunaan kit model kereta ini juga amat sesuai kerana ianya memang terdapat
dalam sukatan kurikulum dan juga buku teks murid.
|
U - Gunakan Media dan Bahan Sumber
|
|
i. Semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum digunakan
|
Setelah siap menyediakan bahan sumber yang akan
digunakan, kami telah meyemak dan menilai semula bahan-bahan tersebut bagi
memastikan penggunaan bahan sumber tersebut sesuai dengan tahap murid dan
juga dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.
|
ii.
Sediakan bahan untuk penggunaan dalan kelas
|
Setelah siap menyemak semula bahan sumber yang akan
digunakan tersebut, kami telah menyusun penggunaan kesemua bahan tersebut
seperti yang terdapat dalam RPH. Selain itu kami juga telah menyediakan
segala bahan dan kelengkapan yang akan digunakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
|
iii.
Sediakan persekitaran yang sesuai untuk
penggunaan
|
Selepas menyediakan kelengkapan yang diperlukan,
kami merancang pula kedudukan bahan yang akan digunakan agar mudah digunakan
dan seterusnya merancangan pembahagian kumpulan murid seperti barangan yang
akan mereka gunakan dan juga kedudukan kumpulan mereka semasa berada di dalam
kelas.
|
iv.
Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat
daripada bahan sumber
|
Kami juga merancangan bagaimana untuk memastikan
murid dapat menimba pengetahuan daripada pengajaran kami dengan baik. Kami
telah memilih untuk melaksanakan teknik-teknik yang diyakini berkesan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti semasa proses induksi,
kami akan menunjukkan contoh kit model kereta kepada murid untuk menarik
minat mereka.
|
v.
Sediakan pengalaman pembelajaran bagi
pelajar
|
Begitu juga dengan langkah-langkah semasa
aktiviti-aktiviti lain, kami telah memilih teknik dan kaedah yang sesuai
untuk digunakan bagi memastikan murid mendapat manfaat daripada bahan sumber
yang kami gunakan dalam pengajaran ini. Dalam pengajaran ini kami telah
memilih kaedah penerangan / kuliah dan juga kaedah tunjuk cara untuk
menyampaikan isi pengajaran dan semasa kami menerangkan isi pengajaran kepada
murid, kami akan menayangkan slaid persembahan elektronik yang telah
disediakan bagi memastikan tumpuan murid tidak kearah lain.
|
R - Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran
|
|
i. Penglibatkan pelajar
|
Untuk memastikan murid melibatkan diri sepenuhnya
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, kami telah memilih
untuk menayangkan persembahan elektronik. Selepas itu kami akan membahagikan
murid kepada kumpulan kecil untuk melaksanakan pemasangan kit model kereta.
Dengan cara ini murid akan sentiasa melibatkan diri kerana mereka tidak hanya
melihat slaid persembahan elektronik sahaja dan dengan pembahagian kumpulan
ini juga merekan akan melakukan perbincangan untuk menjana idea dan
menyelesaikan soalan pengukuhan yang akan diberikan.
|
E - Nilai dan Semak Semula
|
|
i. Menyemak semula perancangan dan penilaian
|
Kami sekumpulan telah menetapkan kriteria-kriteria
rujukan untuk semakan dan penilaian ini, dimana kami akan melihat tindak
balas semula daripada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung bagi memastikan bahan yang disediakan adalah sesuai dengan tahap
murid yang akan diajar dan selain itu, kami juga telah menetapkan kriteria
untuk menilai murid berdasarkan pemerhatian semasa aktiviti, hasil kerja
mereka dan juga daripada maklum balas mereka untuk memastikan murid-murid
dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
|
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Tahun : 5
Tarikh : 9 April 2012
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Bilangan Murid : 30 orang
Bidang : Reka Bentuk dan Teknologi
Unit Pembelajaran : 1.2 - Kreativiti dan Rekacipta
Tajuk Pembelajaran : b) Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian
Produk
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
i) menyenaraikan tiga alatan tangan dan
tiga komponen kit model yang digunakan dalam projek pemasangan kit model
kereta.
ii) menyatakan tiga fungsi komponen kit
model kereta secara bertulis.
iii) menyenaraikan turutan pemasangan kit
model kereta dengan betul.
KBKK : Membuat urutan
Alat Bantu Mengajar : Bahan sebenar dan demonstrasi / slaid
penerangan.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat kit model kereta
di pasaran.
Pendekatan Pembelajaran : Pembelajaran
secara kontekstual (REACT)
Langkah
|
Isi kandungan
|
Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
|
Pengenalan kepada
kit model.
i. Kereta
ii. Robot
iii.
Kapal Terbang
iv.
Rumah
|
i. Guru bersoal jawab
bersama murid berkenaan pengalaman sedia ada murid mengenai kit model.
·
Apa jenis kit model yang pernah dilihat ?
ii. Guru menerangkan
jenis-jenis kit model yang terdapat di pasaran dan yang akan dipelajari.
|
Kaedah/Teknik
Penerangan/Soal
jawab
BBM
Nilai
Rasional
Kontekstual
|
Langkah 1
|
Jenis alatan tangan
dan komponen kit model :
Menyenaraikan jenis
alatan tangan yang diperlukan.
i. Gandin plastik
ii. Pemutar skru philips
iii.
Kunci allen
iv.
Sepana hujung terbuka
Menyenaraikan
komponen yang terdapat pada kit model kereta.
i. Gear
ii. Roda
iii.
Kerangka
iv.
Gandar
v. Motor
vi.
Pemegang bateri
vii.
Suis
|
i. Guru menyenaraikan
alatan tangan yang diperlukan dan komponen kit model yang hendak digunakan.
ii. Guru
menghubungkaitkan pembelajaran dengan contoh peluang pekerjaan untuk menarik
minat murid untuk menyimpan cita-cita dalam diri.
iii.
Memberi masa untuk murid membiasakan diri dengan
peralatan dan komponen kit yang ada.
iv.
Guru membuat aktiviti mengisi jawapan pada ruangan
kosong kepada murid tentang nama alat dan komponen yang disediakan.
|
Kaedah/Teknik
Penerangan
BBM
Model sebenar
Nilai
Rasional
Kontekstual
Experiencing, Responding
|
Langkah 2
|
Fungsi komponen kit
model :
Menyatakan fungsi
komponen kit model kereta.
i. Gear - menukar
kelajuan atau arah pergerakan.
ii. Kerangka - tapak
pemasangan motor, gear, pemegang bateri, dan komponen lain.
iii.
Roda - memudahkan pergerakan kit model.
iv.
Suis - menyambung atau memutuskan arus elektrik.
v. Pemegang bateri -
tempat untuk meletakkan bateri.
vi.
Gandar - menyambung dan menggerakkan roda.
vii.
Motor - menggerakkan gear pada kit model.
|
i. Guru memberi
penerangan tentang fungsi setiap komponen kit model kepada murid.
ii. Guru memberi peluang
kepada murid memegang alat dan komponen agar mudah mengingat nama dan fungsi
alat-alat tersebut.
iii.
Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil. (2
murid dalam 1 kumpulan)
iv.
Murid membuat aktiviti memadan komponen dan
fungsinya secara berkumpulan.
|
Kaedah/Teknik
Penerangan
BBM
Model sebenar
Nilai
Bekerjasama
Kontekstual
Experiencing,
Applying
|
Langkah 3
|
Pemasangan komponen
kit model :
Menyenaraikan
turutan pemasangan kit model kereta dengan betul.
i. Pasangkan pelekat
pada badan kit.
ii. Masukkan gear pada
syaf motor.
iii.
Pasangkan roda pada gandar dan pasangkan pada
kerangka kit model.
iv.
Pasangkan motor dan plat besi pada tempat yang
betul.
v. Pasangkan bateri
pada pemegang bateri.
vi.
Pasangkan kerangka yang telah siap dipasang dan buat
pengujian.
|
i. Guru membuat
demonstrasi memasang komponen kit model kereta secara sistematik kepada
murid.
ii. Guru memberitahu
langkah demi langkah berdasarkan video panduan pemasangan kit model kereta
agar murid dapat membuat pemasangan dengan betul dan senang difahami.
iii.
Setelah selesai demonstrasi, guru menyuruh murid
berada dalam kumpulan masing-masing untuk melakukan kerja yang akan
diberikan.
iv.
Murid diberikan helaian kerja dimana murid
dikehendaki menulis nombor mengikut urutan pada kotak penerangan berkenaan
pemasangan kit model kereta.
|
Kaedah/Teknik
Tunjuk
cara/Demonstrasi.
Amali pemasangan
model kit kereta.
BBM
Model kit kereta
Nilai
Kerjasama
|
Penutup
|
Menguji hasil
pembelajaran.
|
i. Guru membuat soal
jawab/ ujian formatif untuk mengenal pasti tahap penerimaan murid terhadap
pembelajaran.
ii. Murid bekerjasama
dalam kumpulan untuk menyelesaikan soalan yang diberikan.
|
Kaedah/Teknik
Ujian
BBM
Nilai
Kerjasama
Kontekstual
Transfering dan
Cooperating
|
|
|
|
|
(ii) REFLEKSI
RAFI’UDDIN BIN ROSLY
Alhamdullillah syukur ke hadrat
Illahi kerana dengan keizinannya saya dapat juga menyiapkan tugasan EDU 3105
dengan jayanya walaupun pada permulaan terdapa 1001 masalah yang saya hadapi.
Namun, dari kerjasama dari rakan – rakan dan pensyarah pebimbing iaitu Pn.
Zainab Bt. Ahmad yang tidak pernah mengenal erti jemu dan letih untuk melayan
kerenah dan soalan yang sama dari kalangan pelajar ini telah membantu saya dan
rakan – rakan menghasilkan tugasan ini tepat pada masanya dan mengikut kehendak
soalan.
Sebenarnya ini adalah kali pertama
saya membuat blog di laman web, jika tugasan ini tidak meminta menggunakan blog
sebagai medium membuat tugasan mungkin saya tidak mengetahui cara – cara untuk
membuat blog dan mungkin murid – murid akan menganggap saya sebagai guru yang
kolot kerana di zaman sekarang kehidupan
seharian kita lebih berteraskan internet. Mungkin pada akan datang murid – murid
tidak perlu membawa beg yang berisi buku teks dan buku latihan tapi sebaliknya
mereka hanya perlu membawa alat elektronik untuk mengakses nota – nota dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Jadi sebagai bakal guru yang
mungkin berhadapan dengan murid – murid serba tahu tentang teknologi –
teknologi terbaru, saya perlu bersedia dengan menggunakan internet untuk
dijadikan medium pengajaran.
Secara keseluruhannya dapat saya
rungkaikan bahawa tugasan ini amat bermakna dan membina karakter saya sebagai guru
di zaman serba canggih. Namun, di sebalik hasil kerja ini terdapat beberapa
masalah atau kelemahan yang saya hadapi terutamanya adalah saya kurang memahami
apa yang dimaksudkan dengan bahan 2D dan bahan 3D yang diminta dalam tugasan
ini. Namun, sementelah saya berbincang dengan rakan – rakan da pensyarah
pebimbing, saya kini memahami. Saya dan rakan – rakan juga diminta membuat
rancangan pengajaran harian (RPH) berdasarkan model ASSURE seterusnya membuat
video berdasarkan RPH yang telah dibuat.
Saya sebenarnya kurang jelas
berkenaan dengan RPH yang diminta kerana sepertimana yang kita semua sedia
maklum, setiap RPH berbeza dari segi cara penghasilannya berdasarkan subjek
yang diajar. Rekebentuk Teknologi dengan caranya, Bahasa Melayu dengan caranya,
jadi saya dan rakan – rakan terpaksa adaptasi
apa yang terkandung dalam Model ASSURE dengan RPH Rekabentuk &
Teknologi.
Topik yang dipilih berdasarkan
sukatan Tahun 4 iaitu Reka Cipta. Saya telah memilih untuk membuat RPH dan
video berkaitan pemasangan model kit kereta. Tajuk ini amat bersesuaian dengan
aras murid Tahun 4 kerana berdasarkan pengalaman saya semasa kanak – kanak
dahulu, masih segar di ingatan ini ketika saya bersama rakan – rakan bermain
kereta mainan ini. Mungkin ketika itu saya tidak dapat memasang alat ini dengan
baik. Oleh itu, saya berharap dengan wujudnya topik ini di sekolah, guru – guru
dapat mengajar mereka dengan cara yang betul kerana pada masa ini mereka aras
kognitif mereka akan berkembang dengan baik. Ketika kanak – kanak jugalah
merupakan zaman yang paling indah bagi setiap insan.
Dari segi pencarian bahan – bahan
untuk menghasilkan tugasan ini, perpustakaan adalah merupakan tempat pertama
dan utama yang pergi kerana untuk menghasilkan tugasan ini perlu ada panduan
dan sumber – sumber yang sahaih. Selain itu, maklumat daripada internet juga
banyak membantu saya dan rakan – rakan mnyiapkan tugasan ini.
Pada saya, dengan terciptanya video
ini, murid dapat melihat sendiri dan berulang kali bagaimana demonstrasi
pemasangan video kit kereta tersebut. Jika tidak, guru harus menunjukkan
sendiri kepada murid dan ini akan mengganggu P&P yang dijalankan. Bagi saya
juga subjek Kemahiran Hidup ini adalah satu mata pelajaran yang dapat murid
aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya cara – cara menggergaji
ataupun memaku dengan betul. Murid dapat membantu ibu bapa mereka di rumah jika
terdapat perkara yang boleh dibantu mereka. Secara tidak langsung, mereka dapat
mempraktikkan apa yang diajar di sekolah.
Tugasan ini juga dapat mengajar saya
bagaimana hendak membuat video, mengedit video dan juga untuk memuat naik video
ke dalam blog. Namun, apa yang saya dapati, terdapat beberapa kelemahan iaitu
apabila ketika hendak memuat naik video ini, ia memerlukan internet yang agak
laju kerana seperti semua warga IPG sedia maklum tentang status keadaan
internet di kawasan IPG terutamanya di kolej kediaman. Saya dan rakan kumpulan
telah mencari inisiatif yang lain dengan pergi ke KFC di Kangar namun, di sana
juga mempunyai masalah internet lalu saya dan rakan mengambil keputusan untuk
ke rumah senior kerana memreka mempunyai kemudahan internet yang agak laju.
Kesimpulan yang dapat saya buat di
sini adalah, tugasan ini memberi keyakinan kepada saya untuk menempuh setiap
cabaran dalam profesion perguruan terutama sekali apabila saya menjalankan
praktikum pada semester akan datang. Saya berharap segala teknik – teknik yang
diajar ini dapat saya praktikkan di sekolah nanti dan saya berharap murid –
murid tersebut dapat berkembang dengan baik dar segi jasmani, emosi, rohani dan
juga intelek sejajar dengan apa yang termaktub dalam visi dan misi falsafah
pendidikan kebangsaan.
MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI
Kerja kursus pendek ini adalah berkaitan dengan subjek EDU 3105 Teknologi
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (TPP). Untuk menyempurnakan kerja
kursus ini, kami dikehendaki untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian
berdasarkan Model ASSURE, menghasilkan klip video P&P, membuat bahan 2D atau
3D, dan menghasilkan sebuah blog.
Melalui
tugasan ini, saya berpeluang mempelajari cara untuk menghasilkan bahan 2D.
Sebelum menghasilkan bahan 2D, saya dan rakan saya menjadi kebingungan kerana
tidak memahami apakah sebenarnya bahan 2D yang dimahukan berdasarkan tugasan.
Justeru, sebagai langkah mengatasi masalah ini, kami merujuk kepada pensyarah
bimbingan iaitu Puan Zainab apakah ciri-ciri yang perlu ada bahan 2D tersebut.
Setelah mendapat penerangan, barulah kami memahami ciri-ciri pada bahan 2D
tersebut.
Saya juga mempelajari cara untuk merakam video dan cara
untuk menghasilkan sesuatu video yang dapat menarik minat penonton. Untuk
tugasan ini, ini adalah menjadi kekuatan kepada saya kerana saya telah biasa
untuk merekod video. Saya amat berpuas hati dengan hasil video yang saya
perolehi untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan untuk dimuatkan di dalam
blog. Tambahan pula, saya juga dapat mengetahui bahawa dalam pengajaran dan
pembelajaran(P&P), penggunaan video memainkan peranan yang penting untuk
menghasilkan P&P yang berkesan. Hal ini berikutan kerana jika terdapat
murid yang kurang memahami apabila melihat guru membuat sesuatu demonstrasi,
maka guru boleh menggunakan kaedah tunjuk cara menggunakan video kerana video
adalah lebih jelas, menjimatkan masa dan yang paling utama dapat diulang
sebanyak mungkin untuk memudahkan murid memahami apa yang diceritakan oleh
seseorang guru.
Seterusnya
adalah pencarian maklumat di dalam internet dan perpustakaan. Alhamdulillah,
pencarian maklumat di internet telah memberikan saya lebih banyak maklumat dan
pendedahan. Namun, masalah yang paling utama yang dihadapi oleh saya dan rakan
seperjuangan saya ialah untuk memuatkan
video pengajaran kami di dalam blog. Masalah ini adalah berikutan dari internet
di maktab yang amat perlahan dan tidak mampu untuk memuatkan video kami di
dalam blog. Justeru, saya dan rakan saya mengambil keputusan untuk mencari
langkah inisiatif iaitu meminta tolong dari senior kami kerana mereka mempunyai
kemudahan internet di rumah mereka. Alhamdulillah, masalah proses memuatkan
video di blog berjaya diselesaikan.
Selain itu, kekuatan
yang saya perolehi berdasarkan tugasan ini ialah ia telah membuka minda saya di
mana dengan adanya penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran,
guru dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses P&P semata-mata.
Contohnya, guru menghasilkan video yang berkaitan dengan pemasangan komponen
elektrik dan elektronik pada sebuah komponen kereta yang menggunakan kuasa
bateri bersaiz kecil. Justeru, tidak dinafikan ia adalah ilmu yang amat
bermanfaat kepada murid khasnya kerana dapat mempelajari kaedah dan teknik yang
betul untuk memasangkan komponen elektrik dan elektronik sehingga mampu
berfungsi dengan cara yang betul dan amnya kepada sesiapa sahaja yang melihat
video tersebut kerana akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang komponen
elektrik dan elektronik.
Kesimpulan yang dapat
saya rumuskan berdasarkan tugasan ini ialah tugasan ini banyak membantu kami
untuk memikirkan sesuatu teknik dan cara pengajaran yang kreatif dan tidak
membosankan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Akhirnya
kata, saya berharap agar semua yang dipelajari melalui tugasan kerja kursus
pendek ini dapat diaplikasi pada pengajaran saya semasa praktikum dan juga masa
menjadi seorang guru nanti.
MOHD MUBARRAK BIN BAHDON
Alhamdulillah
syukur, setelah sekian lama tertangguh akhirnya tugasan projek EDU 3105 -
Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini dapat juga disiapkan
sepenuhnya. Sepanjang melaksanakan tugasan ini pelbagai kelemahan dan
kekurangan diri telah saya temui dan perkara tersebutlah yang sering membuatkan
tugasan projek ini tertangguh sehingga kelemahan tersebut diperbaiki.
Antara
kelemahan yang dapat saya kongsikan adalah kurangnya ilmu pengetahuan saya
dalam penghasilan video. Perkaran ini menyebabkan tugasan projek ini telah
tertangguh dan saya perlu belajar dengan segera bagaimana hendak menghasilkan
video yang terbaik. Bagi memastikan video yang diperlukan dapat disiapkan, saya
telah pergi merujuk kepada pensyarah untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar
selain daripada bantuan daripada rakan-rakan lain. Akhirnya setelah berusaha
mendapatkan tunjuk ajar, dapat juga saya siapkan video tersebut dengan baik.
Selepas ini saya akan terus berusaha untuk menimba ilmu berkenaan penghasilan
video ini agar saya dapat menghasilkan video yang lebih baik pada masa akan
datang jika saya diminta untuk menghasilkan video untuk tugasan seterusnya.
Selain
itu, kelemahan lain yang terdapat pada diri saya adalah berkenaan dengan model
Assure. Saya amat keliru dalam menyiapkan jadual penerangan langkah penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan model tersebut. Namun setelah
berbincang dengan pensyarah tentang cara yang betul dan sedikit rujukan
daripada buku berkenaan model berkenaan dan cara membuatnya dapat juga saya
siapkan penerangan tersebut walaupun tidak lagi mencapai tahap cemerlang pada
pandangan saya. Mulai saat ini saya akan menumpukan sepenuh perhatian semasa
pensyarah menerangkan isi pengajaran semasa didalam kelas agar perkara seperti
ini tidak lagi berulang.
Walaupun
banyak kelemahan diri telah saya temui, namun saya tidak berputus asa untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut untuk menyiapkan tugasan projek ini dan
saya berharap, saya akan terus berusaha untuk menumpukan perhatian semasa
berada di dalam kelas dan terus membuat rujukan secara berteruskan bagi
memastikan ilmu yang diperoleh akan berkekalan dan tidak hanya dapat difahami
semasa berada di dalam kelas sahaja.